Tentang Paqar
Apa itu Paqar?
Paqar dikendalikan oleh TENTEC SDN BHD. Kami menyemak satu iklan kereta terpakai untuk anda, dan beritahu apa patut anda buat sebelum bayar deposit — harga pasaran, sasaran rundingan, soalan untuk penjual dan apa yang perlu disahkan. Setiap laporan dibaca oleh manusia sebelum dihantar.
Apa yang Paqar buat
Semakan awal — sebelum bayar
Masukkan jenama, model, tahun dan harga penjual. Paqar beritahu sama ada kami ada cukup iklan setanding untuk membuat keputusan tentang kereta itu. Kalau tidak ada, kami tidak jual laporan.
Laporan Pembeli — RM29
Satu bayaran, satu kereta. Kami beritahu sama ada patut diteruskan, berapa patut anda tawar, apa yang perlu ditanya penjual, dan apa yang perlu disemak sebelum bayar deposit. Setiap laporan dibaca oleh orang kami sebelum dihantar — biasanya dalam 30 minit.
Semakan Accident/Claim Insurans — +RM88, ditambah dari dalam laporan selepas plat disahkan
Semakan rekod claim insurans untuk kereta yang anda minat — own damage, banjir, windscreen atau total loss jika direkodkan. Sesuai digunakan sebelum bayar deposit.
Sumber data
Harga pasaran
Berdasarkan data listing kereta terpakai semasa dari platform listing Malaysia. Dikira berdasarkan model, tahun, dan varian yang serupa.
Maklumat kenderaan
Jika anda beri nombor plat, Paqar semak maklumat pendaftaran — tahun daftar, kapasiti enjin, jenis badan dan nombor rangka — dan bandingkan dengan apa yang penjual iklankan. Tanpa plat, semakan ini tidak dijalankan.
Rekod claim insurans
Data tuntutan insurans dari pangkalan data pihak ketiga. Hanya rekod yang dihantar kepada sistem insurans yang direkodkan.
Apa yang Paqar tidak buat
- ✕Paqar bukan platform kerajaan — tidak berkaitan dengan JPJ, PDRM, atau mana-mana agensi rasmi.
- ✕Paqar tidak mengesahkan bacaan odometer atau mileage sebenar.
- ✕Tidak semua kemalangan ada rekod claim insurans — pemilik yang baiki sendiri tidak meninggalkan rekod.
- ✕Rekod claim bersih tidak menjamin kereta tiada isu — inspection fizikal tetap diperlukan.
- ✕Harga pasaran adalah anggaran berdasarkan data semasa — bukan harga tetap atau jaminan.