Panduan Pembeli

Cara beli kereta terpakai Malaysia dengan selamat

Beli kereta terpakai boleh jimat puluhan ribu ringgit — tapi risiko tersembunyi boleh membuatkan anda rugi lebih banyak. Ikut panduan ini untuk lindungi diri anda.

1

Semak saman kenderaan

Sebelum buat apa-apa, minta nombor plat kereta dari penjual dan semak status saman. Kalau ada saman, penjual perlu selesaikan sebelum tukar milik — atau tolak dari harga.

Cara semak:

• Saman PDRM: mybayar.rmp.gov.my (perlukan log masuk)

• Saman JPJ: public.jpj.gov.my (perlukan log masuk)

• Minta penjual semak dan tunjukkan bukti

2

Semak geran dan hak milik

Pastikan nama dalam geran adalah nama penjual. Kalau nama lain, tanya kenapa — mungkin ada isu pindah milik yang belum selesai.

  • Minta tengok geran asal (bukan salinan)
  • Nama dalam geran kena sama dengan IC penjual
  • Semak nombor enjin dan nombor casis sama dengan geran
  • Pastikan tiada catatan "cagaran bank" dalam geran
3

Semak pinjaman bank aktif

Kalau penjual masih ada pinjaman aktif untuk kereta ini, proses tukar milik akan lebih rumit dan lambat. Pastikan isu ini selesai sebelum bayar apa-apa.

Amaran penting

Jangan bayar deposit kalau penjual tidak boleh tunjukkan surat penyelesaian pinjaman atau surat kelulusan bank untuk jual.

4

Semak kondisi fizikal dan sejarah kemalangan

Kereta yang pernah terlibat kemalangan serius mungkin ada kerosakan tersembunyi. Bawa ke bengkel untuk pemeriksaan sebelum commit.

  • Semak cat — warna tak sekata tanda tampalan
  • Buka bonet — cari tanda karat atau kimpalan baharu
  • Test drive — dengar bunyi pelik dari enjin atau gear
  • Bawa ke bengkel untuk inspection profesional
  • Tanya rekod servis atau buku servis
5

Semak harga pasaran

Sebelum setuju harga, semak berapa kereta model sama dijual di Mudah, Carlist, dan MyTukar. Kalau harga penjual jauh lebih tinggi, ada ruang untuk berunding.

• mudah.my — listing paling banyak

• carlist.my — harga dealer dan individu

• mytukar.com — harga guaranteed buyback

6

Bayar deposit dengan betul

Deposit bukan sekadar tanda serius — ia tanda anda sudah commit. Pastikan semua syarat ditulis dalam surat perjanjian sebelum bayar.

  • !Bayar deposit hanya selepas SEMUA semakan selesai
  • !Minta resit bertulis untuk setiap pembayaran
  • !Tulis dalam perjanjian: syarat refund jika urusan gagal
  • !Jangan bayar cash tanpa saksi

Dah jumpa kereta? Semak plat sekarang:

Percuma · Panduan saman rasmi + laporan lengkap RM29

Paqar adalah perkhidmatan pihak ketiga. Kami bukan ejen kereta atau peguam. Maklumat ini adalah panduan sahaja.