Panduan Percuma
Cara semak saman kereta secara rasmi
Saman PDRM dan JPJ perlu disemak terus di portal rasmi kerajaan kerana ia memerlukan log masuk. Berikut adalah panduan step by step.
Saman PDRM (polis trafik)
Cara semak di MyBayar PDRM
- 1.
Buka mybayar.rmp.gov.my di browser anda
- 2.
Klik "Daftar" jika belum ada akaun, atau "Log Masuk" jika sudah ada
- 3.
Masukkan nombor IC dan kata laluan anda
- 4.
Selepas log masuk, pilih menu "Semak Saman"
- 5.
Masukkan nombor plat kenderaan
- 6.
Senarai saman (jika ada) akan dipaparkan beserta jumlah
Saman JPJ (jalan raya)
Cara semak di MyJPJ
- 1.
Buka public.jpj.gov.my di browser anda
- 2.
Log masuk dengan MyDigital ID atau nombor IC
- 3.
Pilih menu "Semakan Saman" dari dashboard
- 4.
Masukkan nombor plat kenderaan
- 5.
Keputusan akan dipaparkan serta-merta
Apa buat kalau ada saman?
- 1.
Minta penjual selesaikan
Penjual perlu bayar atau jelaskan saman sebelum proses tukar milik.
- 2.
Tolak dari harga
Kalau penjual setuju, tolak jumlah saman dari harga jual. Dapatkan bertulis.
- 3.
Jangan bayar deposit dulu
Bayar deposit hanya selepas isu saman selesai atau ada perjanjian bertulis.
Nak beli kereta terpakai?
Dapatkan laporan pembeli lengkap — anggaran harga pasaran, soalan untuk penjual, skrip rundingan, dan checklist deposit.
Semak Kereta — RM29 →Masukkan nombor plat untuk mulakan semakan
Paqar adalah perkhidmatan pihak ketiga. Kami tidak mengendalikan portal rasmi PDRM atau JPJ.