Panduan Pembeli
Risiko beli kereta terpakai — dan cara elaknya
Kereta terpakai boleh jimat duit — tapi tanpa semakan yang betul, anda boleh rugi lebih banyak. Kenali risiko ini sebelum buat keputusan.
Saman tersembunyi
TinggiPenjual tidak dedahkan ada saman PDRM atau JPJ yang belum dibayar. Saman yang tidak selesai boleh menyukarkan proses tukar milik dan jadi tanggungan pembeli.
Cara lindungi diri
Semak saman di mybayar.rmp.gov.my dan public.jpj.gov.my. Minta penjual tunjukkan bukti tiada saman sebelum bayar deposit.
Odometer diputar (clocking)
TinggiBacaan kilometer dipalsukan supaya kelihatan lebih rendah. Kereta dengan jarak tempuh sebenar 200,000 km dijual seolah-olah 80,000 km — nilai lebih tinggi, masalah tersembunyi.
Cara lindungi diri
Bandingkan bacaan odometer dengan rekod servis. Tanda: servis stamp tidak konsisten dengan bacaan semasa. Bawa ke bengkel untuk semak.
Kereta banjir (flood car)
TinggiKereta yang pernah dilanda banjir boleh kelihatan baik selepas dibersihkan, tapi kerosakan elektrikal dan karat dalaman akan muncul kemudian — kos baik pulih sangat tinggi.
Cara lindungi diri
Cium bau kereta — bau busuk atau lembap tanda banjir. Semak bawah carpet, dalam boot, dan bahagian bawah dashboard untuk tanda karat atau kelembapan.
Kemalangan teruk dan tampalan
SederhanaKereta yang pernah terlibat kemalangan serius mungkin ada kerosakan struktur tersembunyi walaupun kelihatan baik selepas dibaiki. Panel yang ditampal boleh berkarat lebih cepat.
Cara lindungi diri
Semak cat — warna tak sekata atau kulit orange peel lebih tebal tanda tampalan. Gunakan magnet — tidak melekat tanda ada filler. Bawa ke bengkel untuk alignment check.
Pinjaman bank aktif
SederhanaKalau penjual masih ada pinjaman aktif untuk kereta ini, proses tukar milik memerlukan penyelesaian pinjaman dahulu. Kalau penjual lari, pembeli dan bank dalam masalah.
Cara lindungi diri
Minta penjual tunjukkan surat penyelesaian pinjaman atau surat kelulusan bank untuk jual. Jangan bayar deposit sebelum ini diselesaikan.
Geran atas nama orang lain
SederhanaPenjual bukan pemilik sah kereta — mungkin jual kereta atas nama saudara, bekas pasangan, atau orang yang sudah meninggal. Proses tukar milik jadi rumit atau gagal.
Cara lindungi diri
Pastikan nama dalam geran sama dengan IC penjual. Kalau nama lain, tanya kenapa dan minta dokumen sokongan. Kalau tidak memuaskan, jangan teruskan.
Harga tidak adil
RendahMembayar lebih daripada nilai pasaran kerana tidak tahu harga semasa. Penjual mungkin tambah "nilai sentimen" atau tidak fleksibel kerana tidak tahu harga pasaran juga.
Cara lindungi diri
Semak harga model sama di Mudah, Carlist, dan MyTukar sebelum jumpa penjual. Ada data bermakna ada kuasa untuk berunding.
Ingat satu peraturan mudah:
“Jangan bayar deposit sebelum semua semakan selesai dan anda berpuas hati dengan jawapan penjual.”
Dah jumpa kereta?
Semak nombor plat, dapatkan panduan saman rasmi dan laporan pembeli lengkap sebelum bayar deposit.
Semak Kereta — RM29 →