Kalkulator Percuma
Kira ansuran kereta anda
Bayaran bulanan, jumlah faedah, roadtax dan anggaran insurans — tahu kos sebenar sebulan sebelum anda commit.
Soalan Lazim
Berapa deposit untuk kereta terpakai?+
Kebiasaannya 10%. Bank selalunya beri pembiayaan sehingga 90% untuk kereta terpakai bawah 10 tahun. Kereta lebih tua mungkin perlukan deposit lebih tinggi.
Berapa kadar faedah loan kereta terpakai?+
Antara 3.3% hingga 4.5% setahun (kadar rata) — lebih tinggi dari kereta baru. Bergantung pada umur kereta, tempoh, dan profil kredit anda.
Berapa lama maksimum tempoh loan?+
Maksimum 9 tahun. Tempoh panjang = ansuran rendah tapi jumlah faedah lebih tinggi.
Kenapa kadar loan kereta nampak murah berbanding loan rumah?+
Loan kereta guna kadar rata (flat) — faedah dikira atas jumlah penuh untuk seluruh tempoh. Kadar rata 3.5% lebih kurang sama dengan 6.6% reducing balance.