Semakan Kereta Terpakai
Semak rekod claim insurans kereta terpakai
Paqar menyediakan Semakan Accident/Claim Insurans — untuk semak sama ada kenderaan pernah ada rekod tuntutan insurans seperti own damage, banjir, windscreen atau total loss. Sebelum anda bayar deposit.
Apa itu rekod claim insurans?
Apabila kereta terlibat kemalangan dan pemilik membuat tuntutan insurans, rekod itu disimpan dalam pangkalan data insurans. Semakan ini menyemak rekod-rekod tersebut.
Own Damage
Kerosakan kereta sendiri akibat kemalangan
Banjir
Tuntutan akibat kereta dilanda banjir
Windscreen
Tuntutan gantian cermin depan
Total Loss
Kereta diputuskan tidak boleh dibaiki
Bacaan meter tidak sepadan?
Setiap rekod claim menyimpan bacaan meter (odometer) pada masa itu. Kalau bacaan itu lebih tinggi daripada odometer yang penjual tunjuk sekarang, dua nombor itu tidak sepadan — sahkan dengan penjual dan rekod servis sebelum bayar apa-apa. Paqar tidak membuat tuduhan tentang meter.
Paqar tidak mengesahkan bacaan odometer sebenar — kami tunjuk petanda supaya anda boleh sahkan dengan penjual dan rekod servis sebelum bayar deposit.
Yang perlu anda tahu sebelum semak
- !Tidak semua kemalangan ada rekod claim insurans. Pemilik mungkin baiki sendiri tanpa buat tuntutan untuk kekalkan NCD.
- !Rekod claim bersih tidak bermakna kereta tiada isu. Ia bermakna tiada tuntutan insurans yang direkodkan.
- !Rekod claim ada tidak semestinya bermakna kemalangan besar — tuntutan windscreen atau minor damage juga direkodkan.
- !Anda tetap perlu buat inspection fizikal di bengkel dan tanya penjual soalan yang tepat.
- !Paqar bukan platform kerajaan dan tidak berkaitan dengan PDRM atau JPJ.
RM29 + RM88 — jumlah RM117
Semua dalam Laporan Pembeli RM29, ditambah semakan rekod claim insurans.
Bayar RM29 dahulu. Semakan claim ditambah dari dalam laporan anda selepas nombor plat disahkan — supaya anda tidak bayar RM88 untuk carian yang tiada apa-apa untuk dicari.
Keputusan harga
Murah, wajar, atau mahal — berdasarkan data semasa.
Bukti harga & anggaran trade-in
Harga tengah, julat, dan ruang rundingan anda.
Maklumat kenderaan
Tahun daftar, enjin, jenis badan dan nombor rangka.
Skrip rundingan harga
Masuk rundingan dengan data, bukan agak-agak.
Soalan penting untuk penjual
Tanya soalan yang boleh dedahkan risiko tersembunyi.
Checklist sebelum bayar deposit
Senarai semak lengkap untuk pembeli.
Semakan Accident/Claim Insurans
Own damage, banjir, windscreen, total loss jika direkodkan.
Meter ketika claim
Banding bacaan meter dalam rekod claim dengan odometer semasa — kalau tak sepadan, sahkan dengan penjual.
Tahap keseriousan setiap claim
Rendah hingga teruk — tahu mana claim kecil, mana yang serius.
Dua langkah · Tanpa daftar akaun · Lihat contoh laporan →
Peringatan penting: Tidak semua kemalangan mempunyai rekod claim insurans. Rekod claim juga tidak semestinya bermaksud kemalangan besar. Gunakan maklumat ini untuk bertanya soalan yang lebih tepat kepada penjual — bukan sebagai pengesahan muktamad.
Mula dengan iklan kereta itu:
Hantar link iklan kereta yang anda pertimbang. Nombor plat pilihan pada mulanya — kami sahkan dan tawarkan semakan claim di dalam laporan anda.
Soalan lazim
Adakah semua kemalangan ada rekod?+
Tidak. Pemilik yang membaiki sendiri tanpa buat tuntutan tidak akan ada rekod. Ini adalah had sistem — bukan kegagalan semakan.
Rekod claim banyak bermakna apa?+
Rekod ada tidak semestinya buruk. Sebuah tuntutan windscreen RM800 berbeza dengan own damage RM30,000. Guna maklumat ini untuk bertanya soalan lebih tepat kepada penjual.
Boleh semak tanpa pergi tengok kereta?+
Ya. Anda hanya perlukan nombor plat. Sesuai digunakan sebelum pergi tengok kereta atau sebelum bayar deposit.
Kenapa semakan claim tidak boleh dibeli terus?+
Sebab kami perlu sahkan nombor plat itu wujud dahulu. Semakan claim dicari guna nombor pendaftaran — kalau plat yang dimasukkan tersalah taip, carian itu tidak akan jumpa apa-apa, dan anda sudah bayar. Jadi kami sahkan plat dalam Laporan Pembeli RM29, kemudian barulah tawarkan semakan claim.